Wednesday, January 14, 2015

SESI PENDAFTARAN TINGKATAN SATU SMK KEDAWANG SESI 2015




SESI PENDAFTARAN TINGKATAN SATU SMK KEDAWANG
SESI  2015


29.12.2014 - Sekolah Menengah Kebangsaan Kedawang telah mengadakan sesi pendaftaran bagi tingkatan 1 bagi sesi 2015 . Terdapat tiga buah Sekolah Rendah yang telah menerima tawaran ke Sekolah Menengah Kedawang iaitu Sekolah Kebangsaan Kedawang,Sekolah Kebangsaan Temonyong dan Sekolah Kebangsaan Bayas.Pendaftaran pelajar tingkatan satu bagi sesi 2015 ditempatkan di Dewan Semerbak .Kedatangan para waris turut menyerikan lagi hari ini.Setelah selesai sesi pendaftaran , pelajar dan ibu bapa di mnta mendangar taklimat yang di sampaikan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (Ustaz Husbanizam bin Hussien).




Pendaftaran pelajar tingkatan satu berjalan dengan lancar atas kerjasama pelajar,waris serta warga sekolah SMK Kedawang.





SESI JUAL BELI BARANG DI KOPERASI SEKOLAH
 SMK KEDAWANG

        Setelah selesai mendaftar diri kepada guru kelas masing-masing, pelajar di minta bergerak ke koperasi sekolah untuk membeli buku latihan serta barang keperluan lain .
Aktiviti jual beli berjalan lancar atas bantuan pelajar serta guru SMK Kedawang.




PELAJAR DI TEMPATKAN DI KELAS 
YANG DITETAPKAN


        Semua pelajar tingkatan 1 di minta bergerak ke kelas ynag telah ditempatkan atas bantu guru kelas mereka .Pelajar turut ringan tulang membersihkan kelas mereka. Kecerian terbukti di wajah anak didik SMK Kedawang.Kehadiran anak bangsa dapat mengharumkan negara ...insyallah.


"SEMOGA TAHUN INI MENBAWA KEJAYAAN YANG CEMERLANG KEPADA KITA SEMUA

  kata-kata semangat dari Tuan Pengetua SMK Kedawang (Hajah Norini binti Wan Awang)