Monday, March 22, 2010

Dari Meja Pengetua


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Pertama sekali saya ingin mengucapkan setinggi kesyukuran kepada Ilahi kerana memberi kekuatan kepada kita untuk menerbitkan buletin Semerbak. Alhamdulillah dengan usaha gigih guru-guru AJK Pusat Sumber Sekolah, dapatlah kita menerbitkan Isu terulung ataupun boleh juga dipanggil Isu pertama buletin Semerbak.
Tujuan utama buletin Semerbak diterbitkan adalah untuk mewujudkan permuafakatan antara guru-guru dan warga sekolah. Dengan adanya buletin seperti ini, kita akan sentiasa mewar-warkan segala aktiviti-aktivit sekolah seterusnya memartabatkan SMK kedawang ke arah yang lebih cemerlang. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan di sekolah ini akan dipaparkan melalui paparan berita melalui bulletin ini. Dengan adanya buletin seperti ini juga, para guru boleh menyumbang idea-idea positif dalam memperbaiki disiplin, akademik, keceriaan dan juga prasarana sekolah. Sumbangan guru dan pelajar dalam menjayakan buletin ini adalah amat dialu-alukan.
Saya juga ingin mengucapkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana menganugerahkan kepada kita semua kesihatan tubuh badan dan kewarasan minda dalam menjalankan tugas dan peranan masing-masing di sekolah ini. Semoga Allah mengekalkan Kesihatan dan kewarasan kepada kita semua dalam menjalani cabaran dan dugaan yang akan kita semua hadapi pada hari yang mendatang. Amin.
Keputusan peperiksaan SPM baru sahaja diumumkan pada baru-baru ini. Saya dan para guru mendoakan kejayaan semua pelajar SMK Kedawang dalam peperiksaan ini. Semoga kakak-kakak dan abang-abang yang telah berjaya boleh menjadi contoh teladan kepada adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan nanti.
Akhir kata, semoga buletin ini akan terus diterbitkan sepanjang tahun ini dan pada tahun-tahun yang akan datang. Semoga semua meraih kejayaan. Assalamualaikum.


HAJJAH NORINI BT WAN AWANG
PENGETUA SMK KEDAWANG
Kedawang 07000
Langkawi, Kedah

Wednesday, March 3, 2010

Assalammualaikum




Assalamualaikum. Buletin Semerbak akan dikemaskini dalam masa yang terdekat. Segala kesulitan amat dikesali.