Saturday, May 15, 2010

Jawatankuasa PSS dan Buletin Semerbak


JAWATANKUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pengerusi Pn Hajjah Norini Bt Wan Awang

Naib Pengerusi 1: Pn Faridah Ibrahim

Naib Pengerusi 2: Ust. Husbanizam Hussein

Naib Pengerusi 3: En. Azmi Bin Hussin

Penyelaras PSS

(Guru Media) En. Azizan Harun

Setiausaha Pn. Hapisah bt Abu Bakar

Perpustakaan Pn. Sabrina bt Hassan

Lembaga Pengawas PSS: Pn. Juwita Taib

Keceriaan Pn Norhayati Abd Majid

NILAM BM Pn . Husna Ibrahim

NILAM BI Cik Siti Nordarleena Daud

Siaraya Encik Rohaizar Othman

En. Afzanizam Tahar

Fotografi dan

Album Sekolah Pn Sakiza Omar

Cik Suriati Taib

Wartawan

Pn Sakiza Omar

Nor Aiza Anuar

Fazilah Che Rus

Mohd Hamidi Halim

Mohd Firdaus Ahmad Yusri

Kem Kepimpinan Pengawas 2010



Oleh Mohd Firdaus Ahmad Yusri
Khamis 15 April 2010-Sekolah Menengah Kebangsaan Kedawang telah menganjurkan Kem kepimpinan Pengawas 2010 di Akademi Koreksional Malaysia,Langkawi. Kem ini diadakan di asrama SMK Kedawang dan seterusnya beralih ke Akademi Koreksional Kebangsaan pada hari kedua. Kem ini bermula pada pukul 3.00 petang di mana semua pengawas mendaftarkan diri dan diikuti dengan taklimat ringkas oleh Ketua Komanden Cikgu Afzanizam Tahar. Kem ini disertai oleh 105 orang pengawas. Guru yang turut mengiring adalah Ustaz Husbanizam Hussein,Cikgu Afzanizam Tahar,Ustaz Firdaus Pazim,Cikgu Rosmini Abu Bakar,Cik Nor Yusrina Mohd Yusof,Cik Suriati Taib,Ustaz Fakhrul Razi Abdullah,Muhammad Masri,Ustazah Noraida Mohd Nor dan Ustaz Mahmud Hassan . Antara Aktiviti yang dijalankan semasa kem tersebut adalah ceramah kepimpinan,sesi perkenalan (ice breaking),khidmat masyarakat dan sebagainya.
Peserta terbaik kem pengawas 2010 disandang oleh Mohd Hafizul Fitri Shaifubari dan Nurul Qalbi. Kem ini dirasmikan oleh Tuan Hj.Nik Robidin (Timbalan Pengarah Akademi Koreksional Malaysia) pada majlis perasmian penutup Kem Kepimpinan Pengawas 2010. Turut hadir mewakili pengetua adalah Ustaz Husbanizam Hussein (penolong kanan hal ehwal murid).

Friday, May 14, 2010

Puteri Islam meraih johan



Oleh Nor Aiza Anuar
Persatuan Puteri Islam SMK Kedawang telah menyertai pertandingan yang telah dianjurkan oleh sekolah-sekolah di langkawi. Pertandingan tersebut telah diadakan di Sekolah Rendah Kebangsaan Padang Matsirat pada hari sabtu 11 April 2010 bermula pada pukul 8 pagi sehingga 2 petang. Seramai 14 orang pelajar telah menyertai pertandingan tersebut.
Antara acara-acara yang dimenangi oleh SMK Kedawang adalah pertandingan gubahan yang telah disertai oleh Adibah Rasid(3C) dan Nurul Athira bt Mohamad(3C). Mereka mendapat tempat kedua.Dalam pertandingan sajak pula, Tasnim Zahari(2C) tampil sebagai Johan. Selain itu, Nur Saliza Izzati bt Mohd Salleh(5P)mendapat johan dalam kategori Puteri Madani. Nor Hidayah Hussein(5B),Siti Razmila Rozali(5B) dan Ku Rohaya Ku Rosman(5B) mendapat johan untuk kategori pertolongan cemas. Manakala dalam pertandingan buku log, Aliyah bt Ali(3C) telah mendapat tempat ketiga. Tahniah dan syabas kepada Persatuan Puteri Islam atas kejayaan mereka yang mengharumkan lagi nama SMK Kedawang.

MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS 2010



Pada awal Februari 2010 Jawatankuasa Pengawas Sekolah telah menganjurkan Majlis Pelantikan Pengawas 2010.

Majlis ini bermula pada pukul 7.30 pada waktu perhimpunan rasmi sekolah.

Seramai 135 pengawas dilantik semula pada tahun ini daripada golongan pengawas baru dan juga pengawas yang sudah berpengalaman.

Pengetua sekolah Puan Hajjah Norini Bt Wan Awang telah dijemput untuk menyampaikan watikah pelantikan kepada setiap pengawas.

Selepas penyerahan sijil, para pengawas seterusnya berbaris untuk melaungkan ikrar pengawas sambil disaksikan oleh para guru dan pelajar lain. Laungan ikrar diketuai oleh ketua pengawas Muhammad Hafizul Fitri Bin Shaifubari

Juara: Muhammad Al Fateh


Oleh Fazilah Che Rus

Kejohanan sukan peringkat sekolah telah diadakan di SMK Kedawang pada 7 -11 Mac 2010. Pada Hari kemuncak, acara bermula pada pukul 3.30 petang dan dirasmikan oleh Tuan Pengetua SMK Kedawang Puan Hajjah Norini Bt Wan Awang.
Acara sukan tahun ini disertai oleh atlet-atlet daripada empat buah rumah sukan:
Muhammad Al-Fateh (Kuning)
Tariq Ibnu Ziyad (Hijau)
Salahudin Al-Ayubi (Biru)
Khalid Al Walid (merah)
Rumah Muhammad Al Fateh(MAF) muncul sebagai juara sukan tahunan SMK Kedawang. Rumah kuning (MAF) juga menjadi juara perbarisan dan kawad kaki. Ratu rumah sukan terbaik pula dimenangi oleh Rina Harada dari rumah Tariq Ibnu Ziyad. Rumah Tariq Ibnu Ziyad juga meraih juara dalam acara tarik tali. Olahragawan adalah Khairul Hairiri Mohd Nur dan olahragawati pula adalah Nor Azlin Alias. Tahniah kepada pasukan rumah Muhammad Al Fateh atas kejayaan tahun ini.

PEMARAK dan PROMIND



Oleh Mohd Puzi Badri
Dengan kehendak pendidikan yang Semakin mencabar, Sekolah telah melaksanakan program PROKAS iaitu program kecemerlangan sekolah yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu program PEMARAK dan PROMIND.
Program PEMARAK berfokuskan kepada tiga kelas iaitu Perdana, Madani dan Rancangan Khas, Tujuan program PEMARAK adalah untuk mencari dan membentuk pelajar yang mampu mendapat gred A dalam semua matapelajaran.
Program PROMIND pula bertujuan untuk memastikan semua pelajar mendapat skor minimum D bagi semua matapelajaran. PEMARAK dan PROMIND dilakukan secara beransur-ansur dan dipantau perkembangannya untuk penambahbaikan dari semasa ke semasa.

Mesyuarat agung PIBG 2010



Pada 27 mac 2010, Sekolah SMK Kedawang menganjurkan mesyuarat agung PIBG SMK Kedawang 2010. Lokasi mesyuarat adalah di Dewan Sri Semerbak. Majlis bermula pada pukul 3.00 petang apabila Dato’ Paduka Hj Abu Bakar (Ahli Parlimen Langkawi) disambut dengan pukulan kompang dari kumpulan kompang SMK Kedawang.

Jumlah ibubapa yang hadir pada hari tersebut mencecah 466 orang. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari YDP PIBG iaitu Encik Saad Bin Haji Din. Majlis diteruskan dengan ucapan dari pengetua SMK Kedawang Pn Hajjah Norini Bt Wan Awang. Seterusnya Dato Paduka Abu Bakar memberi ucapan beliau dengan mengumumkan peruntukan untuk hadiah kepada murid-murid yang cemerlang SPM 2009. Dato juga mengumumkan peruntukan tambahan bagi surau SMK Kedawang dengan sumbangan RM5000.

Majlis seterusnya diteruskan dengan persembahan nyanyian nasyid oleh kumpulan vokal SMK Kedawang. Kumpulan vokal ini diterajui dan diurus oleh Cikgu Amer dan Ustaz firdaus.

Mesyuarat dimulakan pada pukul 4.46 petang dan seterusnya diakhiri dengan acara cabutan bertuah yang berakhir pada pukul 7.15 petang.

Warga baru Semerbak





Sidang redaksi Buletin Semerbak ingin mengalu-alukan kedatangan guru-guru baru ke sekolah SMK Kedawang.
Guru-guru yang baru sahaja menjadi keluarga kita adalah Cikgu Afzanizam Bin Tahar dari SMK Ayer Hangat, Cikgu Redzuanna Bt Tukimin, cikgu Nurul Amira Bt Ahmad, Cikgu Zainon Budin dari SMK Mahsuri dan cikgu Firdaus Pazim dari SMk ayer Hangat.
Kedatangan guru-guru ini ke sekolah ini adalah untuk memastikan kecemerlangan pelajar dari segi akademik dan juga ko-kurikulum. Semoga dengan adanya tenaga-tenaga dan Idea bernas guru-guru yang berpengalaman ini, dapatlah kita sama-sama mencapai kecemerlangan dalam semua bidang.

Kenali Guru Anda




Nama: Faridah Bt Ibrahim

Umur:48

Pengalaman Mengajar: 22 tahun

Latar Belakang Pendidikan:

B.A Psikologi UKM 1987

Dip ed. Sejarah 1988

Tempat tugas pertama: Sarawak

Anak: 2 orang

Hobi: Menjahit

Kunci Kejayaan: Usaha Yang gigih akan pasti berjaya


Nama: Hajjah Norini Bt Wan Awang

Pengalaman Mengajar: 26 tahun

Tarikh Lahir: 29/2/1960

Latar Belakang Pendidikan:

B.Sc Ed USM (HONS)

Tempat Pertama bertugas:

Kuching, Sarawak dan Beaufort, Sabah

Anak: 5 orang

Hobi: Memelihara kucing, arnab dan hamster

Kunci Kejayaan: Sentiasa berdoa dan berbaik sangka



Lawatan Guru Pelatih dari Norway



Pada 13 January 2010, sekumpulan guru pelatih dari Norway telah datang melawat ke SMK Kedawang untuk menjalankan kajian tentang persefahaman antara agama id Malaysia.
Rombongan ini diketuai oleh Professor Levi Geir Eidhamar bersama oleh 25 orang guru pelatih.
Kelas 4 Perdana dan 4 Wawasan dipilih untuk bekerjasama dengan pelawat-pelawat ini dalam menjalankan kajian pendidikan mereka.
Makmal bahasa dan kelas 4 Perdana digunakan oleh mereka untuk mengajar pelajar bahasa inggeris menggunakan bahasa Malaysia.
Rombongan ini disambut baik oleh pihak sekolah. Para guru turut bekerjasama untuk memastikan program berjalan dengan lancar.

Larian Merentas Desa 2010


SMK Kedawang telah menganjurkan program Larian rentas Desa. Pelajar-pelajar dan guru-guru telah bertungkus lumus berlatih selama seminggu. Walaupun menghadapi pembelajaran dan pengajaran namun para guru dan pelajar masih bersemangat untuk aktif berlatih pada setiap hari sebelum hari kemuncak.

Pada hari sabtu 23 Januari 2010, acara kemuncak Larian Merentas Desa telah dijalankan di Sekolah SMK Kedawang. Trek larian adalah melalui kampung Mukim kedawang yang merangkumi 5 km untuk pelajar perempuan dan 6 km untuk pelajar lelaki.

Sekolah yang turut dijemput untuk larian ini adalah SMK Ayer Hangat Langkawi dan juga MRSM Langkawi. Guru-guru daripada sekolah tersebut juga turut serta bersama untuk memeriahkan lagi larian ini. Turut bersama kita pada acara penyampaian pingat adalah Encik Razali B. Tahrim dari Unit Pembangunan Kemanusian PPD.

Rumah hijau meraih johan Larian Rentas Desa 2010. Diikuti dengan naib johan iaitu rumah biru. Rumah kuning meraih tempat ketiga dan seterusnya diikuti dengan rumah merah. Tahniah kepada pasukan rumah hijau dan juga Cikgu Rahim yang mengetuai rumah tersebut.

Pelajar yang menggondol pingat pada tahun ini adalah Mohammad Rizal Bin Ghazali (18) dan Abdul Azim B. Rahmat (15). Untuk perempuan pula, yang menggondol pingat pada tahun ini adalah Farah Hana Rohani (18) dan Saaya Harada (15).

Tahniah kepada para pemenang dah kepada yang tidak berjaya. Masih ada masa untuk mencuba lagi pada tahun yang datang.

Perutusan Pegawai Pendidikan Pelajaran Daerah



Assalamualikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera.

Tahniah dan syabas kepada AJK Buletin Sekolah Menengah Kebangsaan Kedawang kerana telah berjaya menerbitkan keluaran sulung Buletin Semerbak 2010.

Dalam keadaan yang serba mencabar sekarang, kita warga pendidikan dituntut untuk memberi komitmen yang jitu dan kesungguhan yang tinggi dalam menjayakan program-program pendidikan berpandukan Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) di semua peringkat khususnya di peringkat sekolah. Sekolah memainkan peranan yang amat penting dalam membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan menghayati nilai-nilai murni. Para ibubapa dan seluruh masyarakat sentiasa menaruh harapan yang amat tinggi kepada pihak sekolah untuk mendidik seterusnya melahirkan generasi pelapis yang berkualiti.

Para pelajar pula haruslah bijak merebut peluang untuk menguasai ilmu dan kemahiran sedia ada di sekolah. Seterusnya para pelajar juga perlu melibatkan diri secara aktif dalam kokurikulum serta sentiasa mempamerkan tahap disiplin diri yang tinggi. Selain itu,kerjasama ibubapa dan masyarakat setempat adalah pelengkap kepada usaha untuk memperkasakan sesebuah sekolah.

Akhir kata saya sekali lagi menyeru semua pihak menggemblengkan idea dan tenaga untuk melonjakkan kecemerlangan sekolah kearah menjadikannya sebagai institusi pendidikan yang bertaraf dunia. Diharapkan dengan adanya buletin ini, dapat memberi peluang kepada warga sekolah mengasah bakat dan memperlihatkan kesungguhan masing-masing dalam menjayakan matlamat sekolah iaitu ”Seiring Melangkah Ke Arah Kecemerlangan”.


Sekian, terima kasih.



HAJI AZIZ BIN HAJI AHMAD, BCK.
Pegawai Pelajaran
Daerah Langkawi.