Friday, May 14, 2010
Perutusan Pegawai Pendidikan Pelajaran Daerah
Assalamualikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera.
Tahniah dan syabas kepada AJK Buletin Sekolah Menengah Kebangsaan Kedawang kerana telah berjaya menerbitkan keluaran sulung Buletin Semerbak 2010.
Dalam keadaan yang serba mencabar sekarang, kita warga pendidikan dituntut untuk memberi komitmen yang jitu dan kesungguhan yang tinggi dalam menjayakan program-program pendidikan berpandukan Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) di semua peringkat khususnya di peringkat sekolah. Sekolah memainkan peranan yang amat penting dalam membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan menghayati nilai-nilai murni. Para ibubapa dan seluruh masyarakat sentiasa menaruh harapan yang amat tinggi kepada pihak sekolah untuk mendidik seterusnya melahirkan generasi pelapis yang berkualiti.
Para pelajar pula haruslah bijak merebut peluang untuk menguasai ilmu dan kemahiran sedia ada di sekolah. Seterusnya para pelajar juga perlu melibatkan diri secara aktif dalam kokurikulum serta sentiasa mempamerkan tahap disiplin diri yang tinggi. Selain itu,kerjasama ibubapa dan masyarakat setempat adalah pelengkap kepada usaha untuk memperkasakan sesebuah sekolah.
Akhir kata saya sekali lagi menyeru semua pihak menggemblengkan idea dan tenaga untuk melonjakkan kecemerlangan sekolah kearah menjadikannya sebagai institusi pendidikan yang bertaraf dunia. Diharapkan dengan adanya buletin ini, dapat memberi peluang kepada warga sekolah mengasah bakat dan memperlihatkan kesungguhan masing-masing dalam menjayakan matlamat sekolah iaitu ”Seiring Melangkah Ke Arah Kecemerlangan”.
Sekian, terima kasih.
HAJI AZIZ BIN HAJI AHMAD, BCK.
Pegawai Pelajaran
Daerah Langkawi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment