
Cadangan design button Kelab Pencegahan Jenayah SMKK.
Design: Cikgu Nurul Amira Ahmad
Pada 13 April yang lalu, tiga guru dari SMK Kedawang telah mendapat peluang melawat dua sekolah untuk lawatan tanda aras PSS 2011. Lawatan tersebut adalah ke sekolah SK Haji Hassan Itam dan sekolah Methodist Girl School (MGS) Alor Setar. Kedua-dua sekolah ini telah mendapat anugerah PSS cemerlang peringkat nasional.
Lawatan tersebut diurus oleh PKG Padang Matsirat, Cikgu Mat Yani. Dalam lawatan tersebut, guru PSS dari seluruh langkawi telah didedahkan dengan maklumat dan cara kerja PSS.
Dengan pendedahan dan lawatan ke PSS cemerlang ini, sekolah-sekolah dari daerah langkawi berharap untuk terus maju bersama dan seiring dengan kecemerlangan sekolah-sekolah di Alor Setar. SMK Kedawang juga akan berusaha sedaya upaya untuk menjadikan pusat sumber standing dengan sekolah-sekolah ini.
Pada 7 April 2011 Pusat Sumber SMK Kedawang telah mengadakan satu bengkel kepimpinan untuk pengawas pusat sumber. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan secara menyeluruh kepada semua pengawas PSS tentang tugas dan peranan mereka dalam mengendalikan Pusat Sumber Sekolah.
Bengkel ini diadakan di bilik tayangan pusat sumber yang pada jam 8.00 pagi . Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh guru media pusat sumber iaitu Puan Norhayati Bt Abd Majid. Beliau menerangkan tentang objektif diadakan bengkel tersebut. Seterusnya slot pertama diteruskan oleh Puan Husna Bt Ibrahim tentang program NILAM yang dijalankan di sekolah. Beliau memberitahu program NILAM dapat dapat menggalakkan pelajar membaca buku.
Slot yang kedua pula disampaikan oleh En Ahmad Yani daripada Unit Teknologi Pendidikan Pusat Kegiatan Guru Padang Matsirat. Beliau memberi pendedahan kepada semua pengawas tentang tatacara pengurusan Pusat Sumber dengan cara yang betul. Manakala slot yang ketiga di sampaikan oleh Cik Amirah Bt Abd Ghani tentang akhlak dan kepimpinan. Beliau banyak menegaskan tentang tanggungjawab sebagai seorang pegawas.
Slot yang kelima disampaikan oleh Puan Hapisah Bt Abu Bakar berkenaan dengan peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi dalam pengurusan pusat sumber. Antaranya seperti etika semasa menggunakan pusat sumber,peraturan semasa meminjang dan memulangkan buku dan banyak lagi. Slot yang terakhir adalah sesi praktikal tentang tatacara peminjaman dan pemulangan buku dengan betul yang dikendalikan oleh Pn Sabrina Hassan.
Akhir sekali, semua guru pusat sumber mengharapkan agar semua pengawas dapat mengaplikasikan tentang apa yang diperolehi dalam bengkel ini.
Pada hari sabtu, 30 hb. Oktober 2010; Kelab Rekreasi telah mengadakan lawatan ke Tasik Dayang Bunting. Lawatan ini memakan masa selama 4 jam. Pelajar diiringi oleh 7 orang guru termasuk Encik Azmi Hussein, Penolong Kanan Ko-kurikulum. Seramai 40 orang pelajar telah menyertai program ini. Para pelajar dan guru berkumpul di perkarangan Jeti berdekatan dengan Hotel Awana untuk menaiki bot.
Pelajar dibawa ke Pulau Beras Basah dan seterusnya dibawa menikmati pemandangan pulau untuk melihat helang menangkap ikan( eagle feeding). Pelajar dan guru dibawa menaiki bot laju ke lokasi dimana bentuk struktur bukit berbentuk seakan-akan seorang perempuan bunting yang sedang berbaring. Menurut lagenda, inilah asal nama Tasik Dayang Bunting. Lawatan berakhir pada jam 1.00 petang. Para pelajar dan guru mengaku berpuas hati dengan lawatan kali ini.
Pada bulan November ini, pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Kedawang akan menghadapi Peperiksaan SPM.Pihak sekolah telah mengadakan program pecutan terakhir SPM 2010 bagi pelajar tingkatan 5 . Pelajar tingkatan 5 dikumpulkan di dewan semerbak supaya proses pengajaran dan pembelajaran lebih selaras dan menyeluruh.
Pelajar diberi pendedahan tentang teknik menjawab soalan SPM daripada ketua-ketua Panitia dan guru-guru subjek tertentu. Penekanan diberikan kepada teknik dan tips untuk mendapat markah yang lebih dalam peperiksaan.
Guru dari setiap subjek diberi slot masa yang mencukupi untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat diberi fokus yang lebih. Pelajar hanya didedahkan kepada 2 matapelajaran dalam sehari. Ini untuk memastikan fokus dapat diberi dengan sepenuhnya kepada subjek yang dipelajari.
Untuk subjek elektif , pelajar dibawa oleh guru matapelajaran tersebut untuk pergi ke makmal dan kelas masing-masing. Bagi matapelajaran teras, pelajar berkumpul semula di dewan.
SMKK KE ARAH KECEMERLANGAN
Pn Hjh Norini tunjang Semerbak,
SMKK sungguh indah,
Ilmu dituntut sesungguh hati,
Wira wirawati mengukir nama harum mewangi,
“We create the champions” dalam genggaman,
SMKK juara misi dihajati
Terbang indah burung merpati,
Saying kenari menyisih diri,
Impian menggunung kecemerlangan dicari
Memartabatkan SMKK ke serata negeri
Putra putri mengukir nama,
Menuntut ilmu bekalan dewasa,
Kedawang boleh misi bertapa,
Sahut putri, geraklah putra
Anjung sejahtera tempat santapan,
Disambut mesra para tetamu,
Putera puteriku anak wawasan,
Genggamlah kecemerlangan niatkan jitu,
Majlis kemuncak hari anugerah,
Berjaya pendidik dalam kenangan,
Seiring bergerak sederap melangkah,
SMKK puncak kearah kecemerlangan
Ruyung dipecah sagu diperoleh,
Semerbak boleh!!!!
-Rifkie 5 Inovatif-
LANGKAHKU
Aku berjalan
Longlai dan terus berjalan
Dalam kegelapan,
Sunyi dan sepi menjadi teman
Tanpaku tahu
Kemana arah tujuku,
Setiap kali kaki ini melangkah,
Sejuta kepedihan menyusuk di hati
Wajahku basah,
Hujanan manik mutiara membajiri pipi
Aku masih berjalan
Dalam kegelapan yang sama
Masih begitu,
Masih menangis
Aku sepi tanpamu
Jiwaku meronta,
Semangatku pudar
Aku manusia,
Aku perlu dikasihi
Aku mahu disayangi
Aku terus menyusur langkah,
Lalu terhenti dari menyusur langkah,
Dengan esakan kecewa
Lututku rebah ke bumi yang rekah,
Wajahku tunduk di bumi itu
Menahan esakan,
Aku rindu kasihmu, ayah
Kemana lagi,
Harusku berjalan mencari kasihmu
Dengarlah bisikan hatiku
Pulanglah, ayah..
Ikhlas untuk Ayah
-Norlizawati Tarmizi-
Setelah sebulan menyambut bulan kemerdekaan pada tahun ini, pihak sekolah telah menganjurkan Majlis Perasmian Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan kali ke-53 pada peringkat sekolah. Majlis ini diadakan pada 30hb. Ogos bertempat di Pentas Bestari dan dirasmikan oleh Tuan Pengetua Pn Hajjah Norini Bt Wan Awang. Kesemua pelajar SMK Kedawang terlibat dengan majlis ini kecuali pelajar tingkatan tiga yang terlibat dengan program gerak gempur PMR.
Majlis dimulakan dengan Bacaan doa oleh Ustaz Firdaus Pazim. Seterusnya Encik Mokhtar membaca watikah daripada Yang dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Majlis diteruskan dengan pembacaan watikah Tuan Alimuddin Mohd. Dom . Watikah ini dibaca oleh Encik Shamsul Amri bin Ismail.
Majlis diserikan lagi dengan bacaan sajak patriotik oleh wakil pelajar dan diikuti dengan penceritaan peristiwa kemerdekaan Tanah Melayu. Tuan pengetua seterusnya merasmikan Majlis Perasmian Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan Kali ke-53.
Majlis diteruskan dengan persembahan nyanyian lagu Bahtera Merdeka oleh pelajar 4 Inovatif. Kumpulan nyanyian koir ini dikendalikan oleh Pn Zakiah bt Azid dan seterusnya Ustaz Fakhrur Razi Abdullah menyerikan lagi majlis dengan bacaan sajak bertajuk “Rumah Usang”. Majlis diakhiri dengan nyanyian 3 lagu patriotik oleh para guru dan pelajar.