Saturday, May 15, 2010

Jawatankuasa PSS dan Buletin Semerbak


JAWATANKUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pengerusi Pn Hajjah Norini Bt Wan Awang

Naib Pengerusi 1: Pn Faridah Ibrahim

Naib Pengerusi 2: Ust. Husbanizam Hussein

Naib Pengerusi 3: En. Azmi Bin Hussin

Penyelaras PSS

(Guru Media) En. Azizan Harun

Setiausaha Pn. Hapisah bt Abu Bakar

Perpustakaan Pn. Sabrina bt Hassan

Lembaga Pengawas PSS: Pn. Juwita Taib

Keceriaan Pn Norhayati Abd Majid

NILAM BM Pn . Husna Ibrahim

NILAM BI Cik Siti Nordarleena Daud

Siaraya Encik Rohaizar Othman

En. Afzanizam Tahar

Fotografi dan

Album Sekolah Pn Sakiza Omar

Cik Suriati Taib

Wartawan

Pn Sakiza Omar

Nor Aiza Anuar

Fazilah Che Rus

Mohd Hamidi Halim

Mohd Firdaus Ahmad Yusri

Kem Kepimpinan Pengawas 2010



Oleh Mohd Firdaus Ahmad Yusri
Khamis 15 April 2010-Sekolah Menengah Kebangsaan Kedawang telah menganjurkan Kem kepimpinan Pengawas 2010 di Akademi Koreksional Malaysia,Langkawi. Kem ini diadakan di asrama SMK Kedawang dan seterusnya beralih ke Akademi Koreksional Kebangsaan pada hari kedua. Kem ini bermula pada pukul 3.00 petang di mana semua pengawas mendaftarkan diri dan diikuti dengan taklimat ringkas oleh Ketua Komanden Cikgu Afzanizam Tahar. Kem ini disertai oleh 105 orang pengawas. Guru yang turut mengiring adalah Ustaz Husbanizam Hussein,Cikgu Afzanizam Tahar,Ustaz Firdaus Pazim,Cikgu Rosmini Abu Bakar,Cik Nor Yusrina Mohd Yusof,Cik Suriati Taib,Ustaz Fakhrul Razi Abdullah,Muhammad Masri,Ustazah Noraida Mohd Nor dan Ustaz Mahmud Hassan . Antara Aktiviti yang dijalankan semasa kem tersebut adalah ceramah kepimpinan,sesi perkenalan (ice breaking),khidmat masyarakat dan sebagainya.
Peserta terbaik kem pengawas 2010 disandang oleh Mohd Hafizul Fitri Shaifubari dan Nurul Qalbi. Kem ini dirasmikan oleh Tuan Hj.Nik Robidin (Timbalan Pengarah Akademi Koreksional Malaysia) pada majlis perasmian penutup Kem Kepimpinan Pengawas 2010. Turut hadir mewakili pengetua adalah Ustaz Husbanizam Hussein (penolong kanan hal ehwal murid).

Friday, May 14, 2010

Puteri Islam meraih johan



Oleh Nor Aiza Anuar
Persatuan Puteri Islam SMK Kedawang telah menyertai pertandingan yang telah dianjurkan oleh sekolah-sekolah di langkawi. Pertandingan tersebut telah diadakan di Sekolah Rendah Kebangsaan Padang Matsirat pada hari sabtu 11 April 2010 bermula pada pukul 8 pagi sehingga 2 petang. Seramai 14 orang pelajar telah menyertai pertandingan tersebut.
Antara acara-acara yang dimenangi oleh SMK Kedawang adalah pertandingan gubahan yang telah disertai oleh Adibah Rasid(3C) dan Nurul Athira bt Mohamad(3C). Mereka mendapat tempat kedua.Dalam pertandingan sajak pula, Tasnim Zahari(2C) tampil sebagai Johan. Selain itu, Nur Saliza Izzati bt Mohd Salleh(5P)mendapat johan dalam kategori Puteri Madani. Nor Hidayah Hussein(5B),Siti Razmila Rozali(5B) dan Ku Rohaya Ku Rosman(5B) mendapat johan untuk kategori pertolongan cemas. Manakala dalam pertandingan buku log, Aliyah bt Ali(3C) telah mendapat tempat ketiga. Tahniah dan syabas kepada Persatuan Puteri Islam atas kejayaan mereka yang mengharumkan lagi nama SMK Kedawang.

MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS 2010



Pada awal Februari 2010 Jawatankuasa Pengawas Sekolah telah menganjurkan Majlis Pelantikan Pengawas 2010.

Majlis ini bermula pada pukul 7.30 pada waktu perhimpunan rasmi sekolah.

Seramai 135 pengawas dilantik semula pada tahun ini daripada golongan pengawas baru dan juga pengawas yang sudah berpengalaman.

Pengetua sekolah Puan Hajjah Norini Bt Wan Awang telah dijemput untuk menyampaikan watikah pelantikan kepada setiap pengawas.

Selepas penyerahan sijil, para pengawas seterusnya berbaris untuk melaungkan ikrar pengawas sambil disaksikan oleh para guru dan pelajar lain. Laungan ikrar diketuai oleh ketua pengawas Muhammad Hafizul Fitri Bin Shaifubari

Juara: Muhammad Al Fateh


Oleh Fazilah Che Rus

Kejohanan sukan peringkat sekolah telah diadakan di SMK Kedawang pada 7 -11 Mac 2010. Pada Hari kemuncak, acara bermula pada pukul 3.30 petang dan dirasmikan oleh Tuan Pengetua SMK Kedawang Puan Hajjah Norini Bt Wan Awang.
Acara sukan tahun ini disertai oleh atlet-atlet daripada empat buah rumah sukan:
Muhammad Al-Fateh (Kuning)
Tariq Ibnu Ziyad (Hijau)
Salahudin Al-Ayubi (Biru)
Khalid Al Walid (merah)
Rumah Muhammad Al Fateh(MAF) muncul sebagai juara sukan tahunan SMK Kedawang. Rumah kuning (MAF) juga menjadi juara perbarisan dan kawad kaki. Ratu rumah sukan terbaik pula dimenangi oleh Rina Harada dari rumah Tariq Ibnu Ziyad. Rumah Tariq Ibnu Ziyad juga meraih juara dalam acara tarik tali. Olahragawan adalah Khairul Hairiri Mohd Nur dan olahragawati pula adalah Nor Azlin Alias. Tahniah kepada pasukan rumah Muhammad Al Fateh atas kejayaan tahun ini.

PEMARAK dan PROMIND



Oleh Mohd Puzi Badri
Dengan kehendak pendidikan yang Semakin mencabar, Sekolah telah melaksanakan program PROKAS iaitu program kecemerlangan sekolah yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu program PEMARAK dan PROMIND.
Program PEMARAK berfokuskan kepada tiga kelas iaitu Perdana, Madani dan Rancangan Khas, Tujuan program PEMARAK adalah untuk mencari dan membentuk pelajar yang mampu mendapat gred A dalam semua matapelajaran.
Program PROMIND pula bertujuan untuk memastikan semua pelajar mendapat skor minimum D bagi semua matapelajaran. PEMARAK dan PROMIND dilakukan secara beransur-ansur dan dipantau perkembangannya untuk penambahbaikan dari semasa ke semasa.

Mesyuarat agung PIBG 2010



Pada 27 mac 2010, Sekolah SMK Kedawang menganjurkan mesyuarat agung PIBG SMK Kedawang 2010. Lokasi mesyuarat adalah di Dewan Sri Semerbak. Majlis bermula pada pukul 3.00 petang apabila Dato’ Paduka Hj Abu Bakar (Ahli Parlimen Langkawi) disambut dengan pukulan kompang dari kumpulan kompang SMK Kedawang.

Jumlah ibubapa yang hadir pada hari tersebut mencecah 466 orang. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari YDP PIBG iaitu Encik Saad Bin Haji Din. Majlis diteruskan dengan ucapan dari pengetua SMK Kedawang Pn Hajjah Norini Bt Wan Awang. Seterusnya Dato Paduka Abu Bakar memberi ucapan beliau dengan mengumumkan peruntukan untuk hadiah kepada murid-murid yang cemerlang SPM 2009. Dato juga mengumumkan peruntukan tambahan bagi surau SMK Kedawang dengan sumbangan RM5000.

Majlis seterusnya diteruskan dengan persembahan nyanyian nasyid oleh kumpulan vokal SMK Kedawang. Kumpulan vokal ini diterajui dan diurus oleh Cikgu Amer dan Ustaz firdaus.

Mesyuarat dimulakan pada pukul 4.46 petang dan seterusnya diakhiri dengan acara cabutan bertuah yang berakhir pada pukul 7.15 petang.